Master Potensi Diri

belajar ilmu kenal diri mesti belajar sampai habis bukannya belajar sekerat jalan. bukan senang nak senang. ini blog aku. suka hati akulah nak tulis apa pon.

kak maya saya harimau,,,




setiap orang ada potensi masing masing sejak dilahirkan. potensi bukan bakat. potensi kalau digilap akan keluar bakat. bakat kalau diasah dipupuk akan keluar creativity. bukan semua orang boleh dapat creativity. nilai mahal yang ada pada diri manusia.


daripada hidup 1000 tahun jadi kambing lebih baik jadi harimau apa kita buat akan diperkatakan oleh orang lain. apabila kita buat orang mengata kita dibelakang itu maknanya kita dah capai suatu level harimau. apa yang kita buat tetap diperkatakan oleh orang lain.


mudah jek sebanarnya. jangan dengar cakap orang, jangan ambil tahu hal orang lain. ambil tahu hal diri sendiri sahaja. selagi ambil tahu hal orang lain selagi itulah kita takkan ke depan.


buat video ni memerlukan skill creativity sebenarnya. kalau kau tak ada video kau pergi belajar buat video. 


aku buat video tik tok ni aku masukkan ilmu marketing aku belajar daripada sifu sifu marketing. dan teknik tu menjadi. 


aku tak buat personal branding. sebab personal adalah personal. yang aku buat adalah marketing. 


masalahnya orang nampak aku buat personal branding. sebab apa ? sebab kau belajar personal branding tapi kau tak belajar marketing & branding.


marketing dan branding adalah berbeza. branding aku ada belajar, tapi personal branding duduk dalam ilmu branding. 


ilmu marketing dan ilmu branding lebih luas daripada ilmu personal branding. kau pakai ilmu personal branding sebab kau promote tik tok sahaja. bukan promo pada facebook, instagram, wasap, telegram dll.


facebook ada algorithm dia sendiri

instagram ada algorithm dia sendiri


masing masing media social ada dia punya algorithm sendiri. tak rugi aku belajar branding. ilmu boleh apply pada semua media social.


sebab tu aku tak belajar personal branding promo tik tok sahaja. belajar ilmu branding lagi luas.




sebenarnya gambar ini merupakan suatu branding 


kalau ada orang belajar teknik marketing dan branding dia akan tahu.   


Comments

Popular Posts