bisnes retailing - peruncitan

sebenarnya ada banyak cara nak memulakan perniagaan akan tetapi buat bisnes tanpa perancangan, ilmu, sistem, strategi, leadership akan buat sesuatu perniagaan itu berkecai. saya pernah lingkup dalam bisnes sebab tu saya tahu betapa peritnya apabila dah lalui dalam dunia usahawan ini.

kali ini saya nak share sikit pengalaman saya dalam bidang peruncitan. sebab apa. sebab bisnes bidang runcit ini adalah kena face to face dengan customer. so, skill dalam bidang selling dan skill marketing sangat penting. sebab kalau tak pandai marketing orang takkan tahu apa yang kita buat kalau tak pandai dalam bidang selling kita takkan buat sale. dan tiada pendapatan. sebab bisnes bergantung pada customer.

terdapat banyak cara untuk memasarkan produk tak semestinya kena buka kiosk

1 - buka kedai runcit sendiri
2 - masuk bisnes pasar malam
3 - masuk expo bisnes
4 - start bisnes dari rumah
5 - fikir sendiri

tak kisahlah bisnes apa pon yang penting FACE TO FACE DENGAN CUSTOMER. inilah yang membentuk creativity untuk mengasah bakat diri sendiri dalam bidang selling dan marketing.

sebab bidang inilah yang buat duit dalam sesebuah bisnes ...

contoh kiosk saya :-


inilah pengalaman saya suatu ketika dulu apabila saya berjaya memiliki kiosk sendiri. bukan perkara yang mudah untuk kita nak memulakan sesuatu perniagaan. banyak cabaran dan halangan yang kena lalui. orang yang dah lalui sahaja yang tahu orang yang tak pernah lalui takkan tahu.

oleh kerana pendapatan daripada kiosk belum stabil. kena usaha sendiri untuk memajukan kiosk. disinilah saya belajar macam macam perangai manusia. sebab manusia membeli produk bukan sebab produk bagus. tapi sebab emosi. kita kena BELI EMOSI PELANGGAN. inilah yang boleh jadi sebab pelanggan akan datang lagi dan lagi. 



beginilah keadaan semasa saya memiliki kiosk. ibarat ada bisnes sendiri walaupun kecil kecilan. sebab kalau bisnes yang kecil ini tak boleh nak handle macam mana nak handle bisnes yang besar. disinilah saya belajar pengurusan stok walaupun kecil. kecil bukan bermakna kecil, dan hasilnya kecil, dan perniagaan yang kecil ini boleh jadi impak yang besar jika kita tahu cara yang betul.


apabila saya tak ada pekerja. jadi saya terpaksa kena jaga saya punya kiosk untuk pastikan ada sale. sebab tak ada sale takkan ada income. hubungan dengan pelanggan juga kena jaga. kena service.

selling = service

ramai orang tak faham apa itu selling. ramai orang fokus pada menjual. jual jual jual duit duit duit. orang yang kejar duit jiwanya akan rasa kosong. sebenarnya bisnes ini apa maknanya ???

saya pernah terbaca dalam buku Richard Bransons billionaire kapal terbang virgin airline. dalam bukunya  bertajuk business. mata saya tertangkap.

" business is a help for many people "

" bisnes adalah untuk membantu orang lain "

pasang niat dalam bisnes bukan untuk keuntungan semata mata tapi fokus pada membantu orang lain. duit jangan risau dia akan datang sendiri setelah kita bantu ramai orang melalui perniagaan. 

marketing = dapat orang yang betul

orang yang betul adalah orang yang akan naikkan bisnes anda. sama ada pekerja atau pelanggan. orang ini perlu disimpan. sebab orang ini adalah bertaraf emas yang akan mengalir dalam bisnes. 

susah cari orang macam ini. tapi sekali dapat kompom emas. ternak manusia emas.

Comments

Popular Posts