3 Cara Menarik Rezeki
saya dah malas nak menulis, dah lama sangat tak menulis ni rasa macam kekok la pulak, tetiba hari ni rasa macam nak melulis pulak
Ada banyak cara sebenarnya mencari rezeki sebenarnya CARILAH keBERKATan rezeki dahulu, barulah rezeki akan mengalir dengan derasnya. kalau tak ada berkat banyak mana pon dapat tetap tak cukup, sebab banyak sangat keBOCORan.
3 cara nak Menarik Rezeki
1- Biasakan membaca Ratib Al-Attas
kau buka youtube kau taip ratib Al-Attas keluarlah macam macam video. kau ikut sahaja bacaan. baca sampai habis.
biasakan amal ratib pada waktu Subuh dan Maghrib. Kalau hidup kita diberkati Allah s.w.t InsyaAllah apa yang kita buat akan menjadi mudah. yang susah akan jadi mudah.
Buat dulu lepas tu tengok hasilnya
2- Biasakan Sedekah Masjid, surau
biasakan waktu Subuh selepas solat berjemaah. tak payah banyak. sebab tak biasa kan. biasakan jumlah kecil dulu start RM 10 dulu masukkan ke tabung Masjid.
benda ni ramai orang tahu, tapi tak ramai orang buat.
3- Jaga Ibu dan Bapa
ini yang paling penting dalam hidup kita, dalam sibuk kita cari rezeki sampai terlupa untuk bahagiakan orang tua kita.
apalah sangat nilai duit kau tu kalau nak dibandingkan NILAI DOA IBU BAPA sampai ke ALAM AKHIRAT.
kau adalah anak doa mereka pada kau adalah makbul. setiap gaji sebulan hulur RM100 atau RM200. jangan fikir banyak duit akan berkurang.
tak rugi beri pada orang tua kita sebab doa mereka adalah segala galanya pada kita.
benda ni pon sama juga RAMAI orang tahu tapi TAK ramai orang yang buat.
nota :-
tujuan saya menulis ni bukan sebab saya bagus tapi adalah sebab PERINGATAN buat diri saya dan pembaca blog saya sekalian.
ini blog saya suka hati saya lah nak tulis apa pon
Comments
Post a Comment