meraikan sahabat
rushing jek ni. sebab izzat call aku last minutes. aku tak ada no tel izzat. yang aku ada no abang dia. jadi dapat tahu jek terus datang pulau. nasib baik sempat. kalau tak sempat itu maknanya jumpa lain kali.
dah lama tak jumpa diorang. aku tak ingat masa bila jumpa diorang kat pulau. kadang kadang aku pun senyap jek. sepatutnya dengan abang dia sekali. tapi dia ada urusan. tak apalah. run program sahaja apa yang ada. janji ada muzakarah untuk perkongsian ilmu.
dalam perjalanan ilmu ketuhanan aku teringat masa aku nak cari guru. macam macam aku dah lalui. tak lalui tak rasa tak tahu tak semudah bicara. bukan semua orang yang faham hakikat ilmu ketuhanan. kena lalui syariat, tarekat, hakikat dan makrifat.
aku tak tahu pulak diorang baca blog aku. aku ingatkan tak ada pembaca. diorang cakap aku berpegang teguh apa yang aku cakap. memanglah bukan senang nak bawa ilmu ketuhanan ni.
4 perkara asas ni siddiq,amanah,tabligh, fatanah. lengkap dulu yang empat ni barulah hidup boleh selamat. cakap memang senang tapi nak buat tu payah. aku tulis blog ni saja saja jek. santai sahaja. tak sangka pulak ada orang baca.
sebelum ni ada juga orang baca blog aku pasal idea bisnes. sebab tu aku tulis pasal idea bisnes. sekadar pengalaman aku yang aku share. kadang kadang teringat pulak nak buat bisnes balik. tapi macam macam halangan yang aku hadap. tak apa lah nanti dulu. dah bersedia aku akan mulakan bisnes.
sekadar menulis untuk menjawab persoalan orang lain. itulah ceritanya. sebaik baik manusia adalah manusia yang bermanfaat pada orang lain. bukannya menyusahkan hidup orang lain. service the other people. inilah yang aku lakukan pada sahabat sahabat aku. siapa nak datang pulau aku tunjukkan tempat.
bukan susah pon aku dah tahu tempat gua yunus, tok harimau, batu belah, dan berbagai lagi tempat yang menarik. oh ya, sebelum nak masuk pulau kena betulkan niat. bukan untuk melancong. pasang niat nak ilmu akhirat. baru boleh selamat.
kalau niat nak cari dunia. tak payah cari aku. cari orang lain. ini bukan adventure untuk pelancongan. ini adalah adventure untuk ilmu ketuhanan. sampai ke makam tauhid sufi. ilmu mengenal diri yang sebenar benarnya.
bila dah kenal diri. senang kalau faham, yang jadi susah tu kalau tak faham. jadi merapulah. aku bukanlah orang yang pandai bab ilmu ketuhanan ni. tapi sekadar berkongsi. aku pun masih mencari juga guru mursyid. sebab benda ni tak boleh memandai sendiri. kena ada guru yang boleh susun barang ni.
tauhid sufi ilmu mengenal diri yang sebenar benarnya.
Comments
Post a Comment