mencari Guru Mursyid

guru mursyid mempunyai ciri ciri:-

1 - kasyaf

2 - laduni

3 - makrifah

4 - firasat


apabila abg man telefon aziz sebab nak cari guru mursyid. sebenarnya abg man mencari saya sebab nak cari guru untuk perjalanan ilmu ketuhanan. kalau nak ikutkan ilmu orang dulu dulu ni ada 3 unsur

1 - ilmu ketuhanan

2 - ilmu perubatan

3 - ilmu persilatan


dalam perjalanan saya. hanya ilmu ketuhanan sahaja yang saya ambik. tapi ilmu perubatan dan persilatan saya tak ambik. saya pon kena ambik juga perubatan dan persilatan juga untuk melengkapkan diri sendiri. dalam pencarian akan ada berbagai bagai dugaan dan ujian sebelum jumpa guru yang benar



Guru yang benar akan menunjukan asal usul. asal diri dan usul diri. diri kau sendiri berpunca daripada mak bapak kau.


inilah yang sepatutnya diusulkan oleh guru yang benar. sebab tu saya tanya abg man pasal mak bapak. sebab nak usulkan dulu. baru boleh dibuka ilmu ketuhanan.


kalau tak selesai akan jadi tersangkut. belajar 15 tahun sekalipun takkan ada apa apa makna. selesaikan dulu mak bapak dan adik beradik. sebab mereka ni semua adalah keramat hidup kita. tak payah tunggu 10 tahun dalam masa 1 tahun dah dapat dah.


ilmu ni senang kalau faham. saya bertanya sebab nak belajar. kalau tak nak belajar buat apa saya bertanya. kalau tak suka ditanya tak payah cari saya. itu sahaja. ilmu ni bukan ilmu main main. ilmu ni bukan ilmu budak budak. budak pun boleh faham ilmu ni kalau ikut jalan yang betul.


abg man kau jangan pelik sebab soalan yang sama saya pernah tanya pada aziz. walaupun si aziz ni seorang yang degil. sebab kalau benda ni tak selesai, ada matahari pun tak guna, tengok matahari tapi tak tahu makna. 


banyak lagi, dan jauh lagi perjalanan. sebab ilmu ketuhanan ni bukan boleh belajar 1 hari atau 2 hari. bukan perkara mudah. kena buat macam macam dulu baru boleh dapat

Comments

Popular Posts