perjalanan menuju tuhan
Disini saya menulis sebuah coretan pengalaman perihal diri saya untuk mencari apa erti diri ini. diri yang tidak diketahui. dalam perjalanan mengenal tuhan terdapat banyak dugaan dalam hidup kita ini. kadang kadang kita rasa hidup kita ni adalah untuk menjawab soalan.
lu fikirlah bro ...
tauhid sufi ilmu mengenal diri yang sebenar benarnya. bukan semua orang faham perjalanan ini. sebuah ilmu yang tiada kitab. sebuah perbendaharaan tersembunyi. kalau kenal dapatlah kalau tak kenal kompom tak dapat.
dalam perjalanan ini bukan semua orang boleh lepas ...
sebahagian besar manusia tak tahan dengan ujian. macam macam perangai manusia yang ada kat atas muka bumi ini. akan tetapi ramai antara kita terlalu mencari kepentingan dunia daripada kepentingan akhirat. sedikit sahaja jumlah kumpulan manusia yang mencari kebenaran. beruntunglah orang orang yang mencari kebenaran.
apabila kita bangun pagi kita buka jendela rumah kita.
apakah yang anda lihat ?
jendela melihat atau kita yang melihat ?
yang melihat adalah manusia bukan jendela tapi kita tak belajar tentang manusia.
banyak ilmu kat atas dunia ini adalah kita banyak habiskan masa untuk belajar jendela
jadilah kita seorang manusia yang suka melihat kebendaan. tak belajar tentang manusia.
lu fikirlah bro ...
ilmu ketuhanan tidak diajar di sekolah ada banyak sebab sebenarnya. barang rahsia mana boleh diajar disekolah. Barang rahsia hanya dapat pada orang yang dah pegang rahsia sahaja. bukan semua orang yang dapat.
nak cari emas kena gali dulu tanah kedalam bumi. nak tahu rahsia yang ada pada diri pon kena gali apa yang ada pada diri.
nak tahu rahsia ketuhanan - tengok cerita p.ramlee
berzikir itu ibarat menggali telaga buruk. macam macam boleh keluar. itulah ujian demi ujian untuk lulus atau tak.
bukan semua orang yang tahan ujian. kena lalui fasa demi fasa. sebab itulah amat sedikit orang yang boleh lepas.
orang yang dah pegang rahsia tuhan inilah yang dikenali guru mursyid. bukan senang nak dapat guru mursyid. sebab zaman sekarang bukan senang nak cari. sebab guru mursyid sentiasa disembunyikan oleh Allah s.w.t
sebuah barang tersembunyi ibarat mutiara dipadang pasir. ibarat emas yang perlu digali didalam tanah.
emas yang pada diri pon kena gali juga.
..bile jumpe lubuk yg dlm terjun kamu disitu jgn ada cita2 nak selamat
ReplyDeletelubuk mana yang kau nak terjun
Delete