manusia bermanfaat
sebaik baik manusia adalah manusia yang paling bermanfaat pada orang lain. kadang kadang kita terlepas pandang apa yang ada pada diri kita. ramai orang sibuk mencari harta yang ada pada pulau nangka. tapi tak sibuk mencari harta yang ada pada dirinya sendiri.
setiap orang ada potensi yang boleh dibangunkan, inilah harta yang ada pada diri melalui iham jadi idea, idea jadi duit, duit jadi harta. semua ini memerlukan proses. kalau tidak proses memang takkan terjadi. tak ada istilah terbuka sendiri, tak ada istilah terjadi sendiri.
sengaja saya letak gambar kapal ini, saya mahu uji apakah yang ada dalam pemikiran anda semua wahai pembaca pembaca blog sekalian.
saya video call wasap dan berbincang dengan sahabat saya. tak salah kalau saya nak buat kajian tentang kapal walaupun bukan bidang saya. sebab ini boleh buat kita akan berfikir jauh ke depan. nak bina kapal bukan senang.
buat kapal senang sebab lipat lipat kertas pon dah boleh jadi kapal. nak bina kapal ini yang susah. kena ada kumpulan manusia yang bekerjasama untuk manghasilkan kapal. bidang ini merupakan bidang industri berat yang banyak memerlukan lebih daripada ilham untuk menghasilkan sesuatu.
sibuk mencari harta karun tapi tak nampak harta ilham yang boleh jadi idea , idea boleh yang jadi duit, dari duit jadi harta. proses inilah yang kita kena faham. semuanya memerlukan proses sama macam bina kapal.
dalam sesebuah kapal kalau kapten dia mangkok kapal takkan sampai ke destinasi, barang sampai lambat. hasil kerja tak siap.
bina kapal sama macam bina bisnes kena memerlukan kumpulan yang bekerjasama. kena ada sistem. dan yang paling penting ilmu leadership iaitu ilmu tentang kepimpinan, macam mana nak jadi pemimpin yang berjaya. macam mana nak susun manusia sesuai dengan potensinya. setiap manusia mempunyai potensi yang berbeza beza.
saya call sahabat saya yang ada berniaga perkasam. saya dah pernah rasa yang perkasam dia sedap. disini saya nampak bisnes ni boleh pergi jauh. soalnya dia ada ilmu leadership dan ilmu marketing itu saya tak tahu. sebab bisnes tu dia punya. bukan saya punya.
Dunia bisnes banyak ilmu nak kena belajar, ilmu bisnes, ilmu marketing, ilmu kewangan, ilmu leadership, video live, copywriting, content marketing, dan banyak lagi. dia ada tanya saya ada follow Daruk Wira Dr Azizan. saya jawab saya sentiasa follow walaupun tak ada bisnes.
saya sebenarnya malas nak tulis tapi sebab saya nampak potensi bisnes sahabat saya yang jual perkasam tu boleh pergi jauh. kalau ada sistem yang betul dan team yang bekerjasama dan ilmu leadership Insya Allah bisnes tu jalan cantik dan pergi jauh.
dalam industri kapal pon merupakan sesuatu bisnes. dalam saya nak kaji tentang ilmu kapal saya terkaji pulak tentang ilmu kren. saya call sahabat saya yang pernah kerja johor port ( pelabuhan pasir gudang ). dia cakap ilmu kapal dan ilmu kren ada kaitan.
biasalah ilmu Allah s.w.t ni luas ibarat lautan yang tiada tepi. kalau kita ada atas kapal. kita akan lihat semua lautan ada tepi. saja jek tulis benda yang tiada kaitan ni. buat coretan para sahabat ...
Comments
Post a Comment