dugaan atau perangai manusia
kalau tengok betul betul yang kau hadap tu dugaan atau perangai manusia. memang yang betulnya ialah perangai manusia bukan dugaan. dugaan yag kita hadapi ialah senang sahaja. dugaan adalah bukan dalam kawalan diri kita. yang sebenarnya yang kita hadap ialah perangai manusia. itulah yang paling tepat.
ego, sombong, berlagak dengan manusia nak tunjuk kekayaan, tunjuk pangkat, tunjuk harta ... yang tak ada maknanya. itu maknanya hidup kosong tak ada ertinya. itu maknanya hidup tak ada apa apa pon. hidup kita ni adalah untuk memberi. bukan untuk menerima.
sama ke tidak orang yang kaya atau orang yang berlagak kaya. aku takkan heran kalau orang kaya berlagak kaya. tapi aku akan heran kalau orang miskin berlagak kaya. inilah perangai orang kita yang masih lagi pemikiran jumud. orang miskin berlagak kaya. nak tunjuk pada orang kau siapa. padahal kau tak ada apa apa pon. ini bukan lah erti hidup yang sebenarnya.
yang sebenarnya ialah erti hidup pada erti memberi. aku baru tengok wali songo full movie. sebagai inspirasi. apa yang 9 wali buat adalah bukanlah mudah untuk menyampaikan kebenaran. erti hidup ialah pada memberi terbaik kepada diri dan beri terbaik kepada orang lain.
sebaik baik manusia adalah manusia yang paling bermanfaat kepada orang lain.
you must take it challenge what you face in this life. I challenge you to make a life as a masterpiece. I challenge you to make about their life, who walk their talk. this is life is to give, not to get. you can reap of what you sow. you must sow first, sow in fertile soil you can get the the tree of life for eternity. good timber does not grow with ease the strong wind the strong trees.
apa yang kita pungut pada hari ini adalah apa yang kita tanam dalam hidup kita sebelum ini. inilah hakikat kehidupan yang ramai orang kurang perhatikan. kita hidup ini bukan untuk kita seorang sahaja. buang sifat pentingkan diri sendiri. ambik sifat tanggungjawab. kalau tak ada sifat tanggung jawab, itu maknanya berhenti jadi manusia.
hasil bergantung harap pada punca. tetapi punca tak bergantung pada hasil. yang kita patut betulkan adalah punca bukannya complain pada hasil. betulkan punca pada diri sendiri dulu baru dapat formula dalam hidup kita ini.
kita hidup dalam dunia yang ada hukum alam. hukum sebab dan akibat kita bebas memilih sebab tapi tak bebas memilih akibat daripada sebab sebab yang kita lakukan. betulkan sebab supaya buat sebab yang baik supaya dapat hasil akibat yang baik.
betulkan punca supaya menjadi punca yang baik supaya dapat hasil yang terbaik.
- credit to panji M1-
- kod-775
Comments
Post a Comment