Marketing - kau tu tak betul???
Ada banyak cara macam mana nak marketkan sesuatu produk atau service. ramai orang tak pandai marketing. banyak ahli ahli bisnes yang ada masalah perihal marketing. jalan jalan sosok ilmu marketing ialah:-
1 - content marketing
2 - copywriting
3 - black magic marketing
4 - taktik PERANG gerilla marketing
bukan semua orang yang reti macam mana nak main game dalam dunia marketing. zaman sekarang adalah zaman informasi bukannya zaman industri. apa sahaja maklumat sentiasa ada teknik baru, marketing cara baru, taktik cara baru, sentiasa ada idea baru.
kalau kau tak ikut perkembangan semasa kompom bisnes kau ketinggalan hidup segan mati tak mahu. lama lama jadi lingkup.
dalam industri bisnes ... bidang sales dan marketing inilah yang buat duit pada sesebuah syarikat.
memang terdapat dalam keadaan orang sales benci orang marketing dan orang marketing benci orang sales. ini biasa berlaku. tapi kedua dua sales dan marketing kena ada. tak boleh buang salah satu.
kalau buang salah satu kompom bisnes lingkup dan lingkup lagi.
kita hidup dalam dunia yang mana kita bergantung kepada hukum sebab dan akibat. kita bebas memilih sebab dan tak bebas memilih akibat daripada sebab yang kita pilih.
masalah ramai orang yang saya perhatikan ialah creativity. sebab dalam kepala otak kau kalau kau tak ada creativity memang kau akan ada masalah dalam marketing.
fashion designer - memerlukan creativity yang tinggi
samalah macam arkitek nak lukis bangunan, atau designer nak buat prototaip kereta, dan seumpamanya.
sama juga nak buat design dalam marketing kempen, bukan senang nak buat marketing yang berjaya. sebab dalam sesuatu bisnes kalau tak ada daya creativity dan daya tahan. kompom bisnes tu boleh gulung tikar.
dalam ilmu marketing yang paling penting adalah marketing influence. yang ini ramai yang tak faham. kau buat apa yang kau tak faham itu maknanya kau tak tahu apa yang kau buat.
content marketing - fikir perihal ayat ayat berpengaruh untuk sampaikan mesej yang berguna BUKANNYA MESEJ YANG SAMPAH
Comments
Post a Comment