bisnes strategi
bukan semua orang yang buat bisnes pasang strategi. setiap orang berjaya dalam bisnes semua ada strategi masing masing. kalau tak ada strategi ibarat tangkap ikan tak pakai jala. dengan menjala ikan sahaja boleh dapat banyak dengan cara yang cepat.
dalam dunia serba moden ni bisnes boleh start dari rumah sahaja. dengan manfaat facebook, instagram, wasap, dan sebagainya. semuanya boleh dimanfaatkan zaman sekarang bukan macam zaman dulu. cara bisnes juga berubah. kita perlu berubah ikut keadaan sekarang.
kebanyakan orang suka bisnes cara lama. tak guna facebook. itu pasallah. bisnes kau hidup segan mati tak mahu. marketing sebenarnya buat orang nampak kita. bila dia nampak baru buat keputusan. kalau tak nampak macam mana orang nak tahu produk apa yang kita bisnes.
manfaatkan apa yang ada pada zaman sekarang ni. setiap alat media sosial ni ada kegunaannya yang tersendiri. saya baru buat instagram. sebelum ni saya guna facebook dan wasap sahaja. lepas tu saya buat twitter dan linkedin.
sebab irfan khairi ada berkata perbanyakkan media internet supaya orang nampak kita. kalau di London bisnes dari rumah ni biasa, tapi kalau di malaysia ni bisnes dari rumah orang macam skeptical pulak. sebab ramai orang kena tipu pasal bisnes internet.
nak elak kena tipu senang jek. pastikan kita kenal dulu dengan siapa kita berurusan. test talipon dulu. orang betul atau tak. buat video call lagi baik.
sebab scammer takkan berani buat video call.
bisnes online dan offline sama sahaja perlu strategi. kalau tak ada strategi memang kompom bisnes itu melingkup.
strategi yang ada sistem yang mantap mambawa produk itu ke pasaran.
ramai orang yang baru nak bisnes tak ada sistem. jadi bisnes mereka buat adalah kerja sendiri. misalnya kedai burger tepi jalan. buka bisnes ada income. tak buka tiada income. ini maknanya kerja sendiri bukan bisnes.
bisnes sebenar adalah apabila kita tiada dalam bisnes tapi bisnes tu tetap berjalan seperti biasa. itulah bisnes yang tulen.
Comments
Post a Comment