pengalaman PKP - cabaran perniagaan sekarang

semua orang telah menghadapi benda yang sama semasa dunia sekarang sedang mengalami wabak penyakit. bermacam macam tindakan yang diambil oleh kerajaan untuk mengawal wabak penyakit daripada merebak. untuk putuskan rangkaian penyakit.

covid tak nak sebut 19 sebab tak mahu berterusan ... 

apa yang dihadapi nyatanya ialah kesan wabak terhadap ekonomi. ekonomi jatuh merundum. kalau tak terkawal sesebuah negara boleh jatuh muflis.

mana mana peniaga kecil kecilan tak ada pendapatan. sebab berlakunya wabak ini. 

inilah saat getir yang dihadapi oleh semua peniaga sebab pendapatan mereka bergatung pada orang yang beli produk mereka. kalau disekat mereka hilang pendapatan yang besar daripada sekatan ini. tapi kalau tak ada sekatan ini tak boleh mana boleh kawal viruys kuman halus yang tak nampak dengan mata kasar.

kita tak boleh nak elak semua ini akan berlaku. tak ada orang yang boleh jangka semua ini berlaku. akan tetapi kita kena jaga diri kita sendiri untuk masa depan yang lebih baik. 

ekonomi yang paling teruk saya perhatikan adalah dalam SEKTOR PELANCONGAN. dari segi perniagaan penerbangan, perhotelan, dan apa apa lagi perniagaan yang berkaitan dengan sektor pelancongan terjejas teruk. 

kesannya ialah ramai yang akan kehilangan pekerjaan akibat wabak penyakit ini.

sebenarnya senang sahaja jangan memilih kerja, cari kerja cepat cepat dalam bidang lain. yang penting kita ada kerja untuk kelangsungan hidup. 

memang kena buat seperti ini. takkan nak berdiam diri. berdiam diri tak boleh nak menyelesaikan masalah. kita tak boleh jangka apa yang mungkin berlaku npada masa depan. yang kita boleh tahu nadalah masa sekarang.

perniagaan yang bertahan adalah sektor makanan walupun mereka kurang pendapatan seperti pkp tapi ada sales ada duit masuk dan boleh bayar gaji pekerja. sebab itu saya perhatikan kedai runcit dan kedai makan tak jatuh muflis sepanjang pkp. 

apa apa pon bisnes yang kita buat adalah kita kena fikir bisnes yang boleh kekal lama. dan fikir macam mana nak selesaikan masalah disebalik apa yang berlaku. seorang usahawan yang bijak kena cerdik sedikit. tak boleh beku otak. kena buat sesuatu untuk kekal ada bisnes dan ada duit masuk.

saya banyak analisis bisnes yang kekal dan tak kekal sepanjang pkp. dan sekarang saya banyak lihat pkp- pemulihan inilah sekarang banyak perniagaan yang dibuka. selamatkan perniagaan untuk bayar gaji pekerja. ramai orang ada kerja.

hanya usahawan sahaja yang boleh sediakan peluang pekerjaan. lebih ramai lagi bagus.



Comments

Popular Posts