Lahirnya Seorang Jutawan
saya dalam proses tengok balik buku buku lama saya yang saya dah terlupa. segala formula saya baca balik semula. buku hasil tulisan Azizi Ali ini dah lama saya beli semasa saya berada di dalam kampus Uitm Penang dulu. sekarang dah berhabuk. saya kemaskan balik. rujuk balik lepas tu ajar orang perihal kewangan.
sebab apa ???
jawapannya ialah ramai diantara pembaca pembaca blog saya meminta saya menulis perihal kewangan. cara yang betul supaya proses jadi jutawan lebih mudah. memang mudah kalau kena pada caranya. akan jadi susah kalau cari cara yang salah dan rasa diri betul.
buang ego dan buat duit. orang lain buat duit kita buat alasan. buang masa sahaja. lebih baik lakukan sesuatu bermanfaat. buat bisnes yang menghasilkan duit. bila dah jadi jutawan bantu fakir miskin dan orang yang memerlukan. beri makan pada golongan gelandangan. dan banyak lagi cara kita menyumbang pada masyarakat.
lakukan dengan Ikhlas bukan dengan riak, ujub, takbur. untuk elak riak, ujub, takbur senang sahaja.
INGAT MATI
lakukan semata mata nak cari passive income dalam kubur. ingat kau perlu sediakan sebelum kau masuk dalam kubur.
tanya diri ???
berapa banyak manfaat yang boleh beri pada orang lain.
jadi jutawan tak salah tapi biarlah jadi jutawan akhirat untuk Allah S.w.t bukan hanya jadi jutawan dunia sahaja lubang kubur masuk neraka.
dengan buku Azizi Ali ni kita tak ada sebab untuk mencipta alasan untuk tak menjadi jutawan
sebab buku Azizi Ali ni adalah jadi jutawan hanya dengan makan gaji.
oh ya, Azizi Ali seorang pilot pada masa yang sama buat pelaburan hartanah. formula dalam buku ni boleh dibuat secara practical. bahasa yang mudah difahami.
senang ....
Comments
Post a Comment