Personaliti - manusia mudah .....
Personaliti - tak kira apa jua perniagaan yang anda lakukan. ketengahkan personaliti anda. sebab manusia lebih mudah relate dengan manusia berbanding dengan sebuah entiti perniagaan. apa sahaja personaliti anda cuba ketengahkan supaya anda mudah dikenali dan mudah berurusan.
yang paling utama adalah skill berdamping dengan manusia. hampir setiap hari urusan kita adalah kita berdamping dengan manusia. kalau ini tak ada memang susah untuk sesuatu bisnes nak berkembang.
skill menyelesaikan sesuatu masalah adalah skill paling mahal dalam sesuatu bisnes. sebab manusia mahu cepat selesai masalah. so, bantu mereka selesaikan. service kepada ramai orang inilah cabaran utama dalam diri seseorang usahawan.
bukan mudah untuk service orang ramai melalui penyelesaian masalah. cara ini memerlukan creativity untuk menyelesaikan sesuatu masalah. usahawan sepatutnya berfikir masalah adalah peluang. bukannya masalah adalah batu penghalang.
apabila usahawan dapat bantu selesaikan masalah pelanggan cepat dan pantas. disinilah baru ada NILAI seseorang usahawan dalam pandangan pelanggan. inilah create value yang menjadi nadi utama dalam sesebuah perniagaan.
sebagai seorang usahawan nilai yang sebenarnya adalah terletak pada kata kata positif daripada pelanggan. sebab pelanggan yang berpuas hati akan create lebih ramai lagi pelanggan baru ke arah premis perniagaan anda. inilah sepatutnya berlaku.
berilah service yang memuaskan hati pelanggan. bukannya bergaduh dengan pelanggan. sebab pelanggan membayar pada anda bukannya untuk dapatkan kata kata yang kurang enak didengar.
Comments
Post a Comment