saya sedang Bengang
saya pon tak tahu nak buat apa sekarang sebab saya telah menemui jalan buntu proses demi proses dalam kehidupan inilah yang menyebabkan saya menjadi bengang dalam hidup. complain itu complain ini. hidup tak tentu arah, dan tak tahu nak buat apa apa.
sebab sebelum ni saya dah mengalami bisnes lingkup. saya fobia dalam bisnes. masalah demi masalah datang bertubi tubi. sebab bukan senang nak senang. inilah pengalaman jujur daripada orang yang dah jadi usahawan. jika diperhatikan setiap usahawan berjaya mesti melalui proses kegagalan. proses inilah yang mematangkan fikiran.
setiap kegagalan demi kegagalan adalah sebuah proses untuk sampai ke matlamat akhir iaitu menjadi seorang jutawan. cakap memang senang tapi nak buat tu memang susah. akan jadi susah jika kita tiada bimbingan daripada orang telah berjaya.
Comments
Post a Comment