Pengurusan KeWANGan
salah sebuah subjek yang tidak diajar di dalam sekolah dan universiti. sebab sistem pendidikan lebih menjurus kepada untuk jadi pekerja. seperti yang dikatakan Robert Kiyosaki seorang pakar kewangan dalam bukunya bercerita tentang kewangan. sama seperti buku Azizi Ali. bercerita tentang kewangan. bukan semua orang faham sistem kewangan.
inflasi - salah satu masalah kewangan.
inflasi maknanya sistem duit semakin susut yang mana duit kita boleh beli sedikit barang. setiap tahun pasti ada inflasi yang akan naik. kita perhatikan harga kopi sekarang dengan harga kopi 20 tahun yang lalu. jumlah kopi yang sama tapi tetap harga berbeza pada zaman dahulu.
ramai orang tak belajar pasal pengurusan kewangan menyebabkan ramai orang jadi kering. belum cukup bulan duit dah habis. tak ada simpanan yang dibuat. inilah masalah ramai orang. semua ini mestilah diubah. kita mesti belajar cara pengurusan kewangan yang betul.
kalau kewangan sendiri pon tak reti nak urus macam mana nak urus kewangan syarikat. inilah yang akan jadi perompak dalam syarikat sendiri. 12 hari saya hadir program percuma yang diadakan oleh pihak richwork. sebab apa saya tersentak pasal kewangan. kewangan adalah oksigen dalam sesebuah syarikat.
teringat saya ada baca buku kewangan Azizi Ali perihal tentang palaburan hartanah. Robert kiyosaki perihal bisnes dan investor.
buku robert kiyosaki yang saya minat adalah cashflow quadrant. seronok pulak baca buku ni. sebab inilah punca bagaimana 4 kelompok manusia menjana wang.
satu lagi buku robert kiyosaki adalah rich dad guide to investing. mula mula saya ingatkan buku tentang invest tapi dalam buku ni cerita tentang pengurusan syarikat. terutama bidang kewangan melibatkan akaun duit keluar masuk.
sebab sebagai seorang usahawan kalau kita tak tahu perihal akaun ini menyebabkan akauntant kau akan tipu kau, dia akan pijak kau dan menyebabkan bisnes lingkup sebab tak boleh nak rolling modal. sebab ini kena belajar pengurusan kewangan yang melibatkan akaun duit keluar masuk.
jadi makan gaji pon kena juga uruskan kewangan. untuk diri sendiri dan untuk masa depan. kalau duit gaji tu belanja ke tempat yang tak perlu yang tak mendatangkan hasil habis kau nanti. kalau kau habiskan duit kau tu belanja pompuan tapi pompuan tak hargai nak buat apa. berhati hati dalam berbelanja sebab jika susah tak ada duit tiada siapa yang tolong kita.
sebab pengurusan kewangan yang sebenar ialah bukan berpa banyak duit kau masuk tapi KE MANA DUIT KAU TU PERGI. belanja ke tempat yang sepatutnya. kalau duit sendiri kau tak reti nak uruskan macam mana nak uruskan duit syarikat ...
dalam bisnes lagilah penting pasal pengurusan kewangan ni. sebab kalau tak ada bisnes boleh jadi lingkup sebab tak tahu kemana duit itu jadi hilang.
Comments
Post a Comment